Bencana 2011 Semenanjung_Oshika

Semenanjunh Oshika adalah yang paling dekat di Honshu dengan pusat gempa bumi 2011, yakni pinggir laut timurnya kira-kira 72 kilometer (45 mi) jauhnya, cuma beberapa pulau kecil berdekatan yang terletak beberapa kilometer lebih dekat.[1] Laporan pada 14 Mac mengkhabarkan bahawa 1,000 batang mayat dihanyutkan ke pantai semenanjung ini.[2] Gempa bumi 11 Mac menganjakkan Semenanjung Oshika sebanyak 5.3 m (17 ka) ke arah pusat gempa dan menurunkan parasnya sebanyak 1.2 m (3.9 ka), menurut Lembaga Penerangan Geospatial di Tsukuba. Kedua-dua pergerakan daratan ini merupakan rekod buat Jepun, menurut perangkaan kerajaan.[3] Banyak desa kecil di sepanjang pantai semenanjung yang ditadbir oleh Bandaraya Ishinomaki musnah teruk akibat gempa dan tsunami.[4]